Untuk melindungi pelanggan kami dari segi kewangan dengan lebih baik, kami memerlukan anda untuk mengesahkan semula kaedah pembayaran anda yang disimpan selepas satu tempoh masa.
Tambah nilai automatik akan dinyahaktif, apabila mana-mana daripada 3 perkara berikut berlaku:
- 90 hari telah berlalu sejak pengesahan terakhir.
- Tambah nilai automatik telah dicetuskan sebanyak 4 kali. Sebelum tambah nilai automatik ke-5 berlaku, anda perlu mengesahkan semula kaedah pembayaran anda.
- Jumlah tambah nilai anda mencecah RM5,000.00.
Tertanya-tanya bagaimana untuk mengaktifkan tambah nilai automatik sekali lagi? Semak artikel ini:[Auto Top Up] Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan ciri auto tambah dengan akaun BigPay saya? 💳
Sekadar peringatan daripada kami:
Malangnya, kami tidak lagi menyokong tambah nilai menggunakan kad debit antarabangsa yang tidak dikeluarkan oleh bank Malaysia. Ini kerana kadar ekonomi yang tidak stabil seperti dahulu, telah menyebabakan kos yang lebih tinggi dikenakan untuk yuran pemprosesan bagi tujuan tambah nilai menggunakan kad debit luar negara anda, (Bermula 19/9/2022). Anda boleh menggunakan sumber tambah nilai alternatif seperti:
- Kad Debit Tempatan
- Kad Kredit Tempatan atau Antarabangsa - Caj Tambah Nilai dikenakan
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.