Terima kasih kerana mencuba ciri simpanan kami dalam app BigPay anda.
Terdapat tiga kaedah yang boleh anda gunakan untuk menambah simpanan anda ke dalam "Stash".
Kaedah 1: Tambah Nilai Manual
Langkah 1: Anda boleh menambah nilai secara manual daripada baki utama BigPay anda dengan cara klik pada simbol "+" pada skrin didalam ruangan 'Explore>Stashes'.
Langkah 2: Masukkan jumlah yang anda ingin pindahkan daripada baki akaun utama anda.
Langkah 3: Tadaa! Jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam baki terkumpul Stash anda dan rekod berikut akan dipaparkan pada skrin utama akaun anda:
Kaedah 2: Melalui Pembayaran Penggenapan
Langkah 1: Pastikan butang seperti di kotak merah berikut dalam keadaan aktif:
Langkah 2: Gunakan kad BigPay anda untuk sebarang transaksi dalam talian atau secara fizikal.
Sistem akan menggenapkan kepada jumlah terdekat untuk pembayaran kad BigPay fizikal atau dalam talian anda dan menyimpan bakinya dalam Stashes.
Sebagai contoh: Kim telah mengaktifkan ciri penggenapan dan telah menggunakan kad BigPaynya di Family Mart dengan jumlah transaksi RM11.80.
Terima kasih kepada ciri pembundaran, sistem akan menggenapkan pembelian kad ini kepada RM12.00, dan secara automatik memasukkan baki RM0.20 terus ke Stash milik Kim untuk menambah jumlah simpanannya.
P.s.: Adakah anda tahu bahawa anda juga boleh menetapkan 'Booster' di bawah ciri 'Round-up payments' yang akan membantu anda menjimatkan lebih banyak dengan menambah sedikit tambahan dengan setiap transaksi.
Kaedah 3: Deposit Berjadual
Langkah 1: Anda boleh menjadualkan tambah nilai daripada baki utama anda dengan mengaktifkan ciri berikut
Langkah 2: Tetapkan jumlah deposit yang anda mahu untuk dipindahkan daripada baki utama BigPay anda ke Stash.
Langkah 3: Pilih tarikh mula dan kekerapan ulangan yang sama ada tiada, mingguan atau bulanan
Langkah 4: Pilih tarikh tamat untuk menghentikan pengulangan.
Berikut juga beberapa peringatan daripada kami:
1. Ciri Stashes ini hanya untuk tujuan simpanan, oleh itu tiada sebarang faedah tambahan berdasarkan jumlah terkumpul.
2. Amaun yang disimpan dalam Stashes tidak boleh melebihi jumlah had baki utama BigPay anda.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.