Terima kasih kerana meneroka ciri Stashes kami dalam aplikasi BigPay anda.
Stashes BigPay kami boleh dilihat sebagai Piggy-bank atau tabung untuk membolehkan anda menyimpan wang dalam aplikasi BigPay untuk mencapai matlamat anda.
Sebarang wang yang disimpan dalam Stashes disimpan secara berasingan daripada baki anda. Anda tidak boleh membelanjakannya secara tidak sengaja dengan kad BigPay anda dan anda tidak boleh menghantarnya atau menggunakannya untuk membayar ciri dalam aplikasi BigPay. Ini membantu anda mencapai matlamat simpanan anda dengan lebih baik.
Tertanya-tanya untuk apa anda boleh gunakan dengan ciri Stashes kami? Berikut ialah beberapa cadangan kami, dan kami berharap ia mencetuskan inspirasi untuk matlamat senarai matlamat anda yang seterusnya:
- menyimpan untuk percutian atau pembelian besar
- merancang untuk bil atau perbelanjaan masa depan yang lain.
- menyediakan simpanan untuk kecemasan
Berikut juga beberapa maklumat tambahan tentang Stashes BigPay kami:
1. Anda boleh mereka 10 Stashes pada masa ini.
2. Ciri Stashes ini hanya untuk tujuan simpanan, oleh itu tidak akan ada sebarang faedah ditambah berdasarkan jumlah terkumpul anda.
2. Sebarang jumlah yang disimpan dalam Stash tidak boleh melebihi jumlah had baki dompet.
3. Anda boleh mengeluarkan jumlah yang disimpan dalam Stash ke dalam dompet utama anda pada bila-bila masa.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.