Adakah kad yang anda simpan telah tamat tempoh? Jangan risau, anda boleh mengemas kini butiran kad anda untuk ciri tambah nilai automatik dengan hanya beberapa klik!
Â
Berikut ialah langkah untuk mengemas kini butiran kad bagi ciri tambah nilai automatik anda:
1. Klik pada My Profile > klik pada Top up options .
2. Klik pada "Auto top up".
3. Klik pada "Top up with".
4. Anda akan melihat kad yang anda simpan di atas. Anda perlu klik pada "Credit Card atau ATM/Debit" dan masukkan butiran kad baharu anda.
  Â
           Â
Itupun dia! Anda telah mengemas kini butiran kad baharu anda untuk tambah nilai secara automatik sekarang 😀
Â
Sekadar peringatan daripada kami:
Untuk makluman, kami tidak lagi menyokong tambah nilai menggunakan kad debit antarabangsa yang bukan dikeluarkan oleh bank Malaysia. Ini kerana kadar ekonomi yang tidak stabil seperti dahulu, telah menyebabakan kos yang lebih tinggi dikenakan untuk yuran pemprosesan bagi tujuan tambah nilai menggunakan kad debit luar negara anda, (Bermula 19/9/2022). Anda boleh menggunakan sumber tambah nilai alternatif seperti:
- Kad Debit Tempatan
- Kad Kredit Tempatan atau Antarabangsa - Caj tambah nilai dikenakanÂ
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.