Terima kasih kerana mencuba perkhidmatan pemindahan-wang-antara-pengguna BigPay kami.
Berikut ialah langkah untuk melakukan pemindahan wang kepada pengguna BigPay yang lain:
Langkah 1. Klik pada 'Explore' dan pilih "Friends".
Langkah 2. Cari nombor penerima yang disimpan dalam senarai kenalan anda atau tambahkan nombor tersebut secara manual.
Langkah 3: Masukkan jumlah wang yang anda ingin pindahkan.
Langkah 4: Klik pada "Add Note" jika anda ingin memasukkan kata-kata untuk pemindahan anda atau terus pilih "Send".
Langkah 5: Sila lengkapkan pemindahan anda dengan Face ID/Cap Jari atau kod laluan.
Tada! Pemindahan akan diselesaikan serta-merta dan dihantar kepada penerima.
Peringatan kami, jika anda tidak pernah melakukan pemindahan wang dengan penerima sebelum ini, pemindahan wang kali pertama perlu dilakukan sekurang-kurangnya RM5.00.
Jika anda tidak dapat memulakan pemindahan wang, semak artikel ini: [Rakan] Mengapa saya tidak boleh melakukan pemindahan atau menerima pemindahan daripada pengguna BigPay yang lain?
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.