"Bagaimanakah cara untuk melakukan pautan akaun BigPay saya ke akaun ganjaran airasia?"
Daripada skrin utama app anda, klik pada ikon 'Explore' dan pilih 'Airasia points'
Seterusnya, klik pada 'Link my Airasia points' dan masukkan butiran 'log in' anda untuk memautkan kedua-dua akaun.
Jika anda ingin menukar atau menyahpaut mata airasia anda, sila hubungi kami dengan cara klik pada Settings> Support> 'Chat' with us, dan kami akan membantu anda dengannya 😊
"Saya tidak mempunyai akaun ganjaran airasia"
Ikuti langkah mudah ini untuk bermula:
Langkah 1: Layari laman web airasia.com dan klik pada butang "Daftar".
Langkah 2: Isikan alamat e-mel, kata laluan dan maklumat peribadi anda dan klik "Daftar sekarang"
Langkah 3: Sahkan alamat e-mel anda dengan cara klik pada pautan pengesahan yang dihantar ke peti masuk e-mel anda.
Langkah 4: Pendaftaran anda selesai setelah anda melakukan pengesahan e-mel anda.
"Saya melihat mesej ralat ini semasa cuba melakukan pautan ke akaun AirAsia saya"
Jika anda melihat mesej ralat di atas, ia mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
1. Anda mungkin telah melakukan pautan butiran log masuk dengan akaun BigPay yang lain pada masa ini. 1 akaun AirAsia hanya boleh dipautkan kepada1 akaun BigPay Malaysia.
2. Butiran log masuk anda ialah SSO daripada Facebook atau Google yang tidak bersesuaian dengan log masuk ini. Anda perlu menetapkan semula kod laluan anda di halaman log masuk AirAsia atau menetapkan kod laluan pada setting AirAsia dengan mengikuti artikel ini: Keahlian Ganjaran AirAsia
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.