P.s.: Kindly click here to view this article in English
Ini bukan hasil yang ideal, dan kami kesal kerana ia telah berlaku kepada anda.
Kami menilai permohonan pinjaman anda berdasarkan maklumat yang anda berikan, jadi kami berharap anda pastikan semua butiran adalah tepat dan betul sebelum menyerahkan permohonan. Ini termasuk butiran peribadi anda seperti nombor NRIC, alamat rumah dan maklumat pendapatan.
Berikut adalah senarai semak sebagai panduan untuk peluang yang lebih baik supaya pinjaman anda diluluskan:
- Anda mestilah warganegara Malaysia berumur antara 18-65 tahun, ATAU warga asing dengan pas menetap jangka panjang berumur antara 25-55 tahun.
- Anda mesti menetap di Malaysia pada masa ini.
- Pendapatan anda harus mantap untuk membayar semula pinjaman anda.
- Anda mempunyai sejarah kredit yang baik.
Jangan risau, jika permohonan anda ditolak untuk pusingan ini, anda boleh cuba untuk memohon semula pinjaman selepas 180 hari. Ini memberi anda masa yang cukup untuk meningkatkan skor kredit anda dan peluang yang lebih baik untuk memudahkan pinjaman anda diluluskan.
Kami berharap, pada ketika itu, kami dapat memahami anda dengan lebih baik apabila menyemak sejarah kredit anda dan juga sejarah transaksi anda dengan BigPay.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.