P.s.: Kindly click here to view this article in English
Kami memohon maaf kerana tambah nilai anda masih belum dikreditkan ke dalam akaun BigPay anda lagi.
Mungkin terdapat kelewatan dalam memproses tambah nilai anda daripada DuitNow mungkin disebabkan masalah teknikal. Jangan khuatir, anda dinasihatkan untuk memantau akaun BigPay anda selama 24 jam untuk tambah nilai tersebut dikreditkan ke dalam akaun anda.
Sekiranya selepas 24 jam, jumlah tambah nila tersebut masih tidak dikreditkan. Sila hubungi kami dengan cara klik pada Tetapan> Sokongan> 'Chat' dengan kami, dan seterusnya kongsi butiran berikut kepada kami:
- Jumlah tambah nilai yang dibuat
- Tarikh dan masa tambah nilai
- Bukti potongan dalam akaun bank (jika ada)
Butiran yang diberikan akan memudahkan kami untuk membantu anda dengan lebih baik.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.