P.s.: Kindly click here to view this article in English
Kami memohon maaf kerana tambah nilai anda belum dikreditkan ke dalam akaun BigPay anda lagi.
Mungkin terdapat kelewatan dalam memproses tambah nilai anda melalui kad kredit disebabkan jumlah permintaan yang sangat tinggi. Anda hanya perlu memantau akaun anda selama 30 minit untuk memastikan tambah nilai akan dikreditkan ke dalam akaun BigPay anda.
Jika selepas 30 minit tambah nilai masih belum dikreditkan, kami bersedia membantu anda. Sila hubungi kami dengan cara klik pada Tetapan> Sokongan> 'Chat' dengan kami, dan seterusnya kongsi butiran berikut kepada kami:
- Jumlah tambah nilai yang dibuat
- Tarikh dan masa tambah nilai
- Bukti potongan dalam akaun bank (jika ada)
Butiran yang diberikan akan membolehkan kami membantu anda dengan lebih baik dalam menyemak isu tambah nilai yang hilang. Sebaik sahaja kami menerima laporan anda, anda akan menerima kemaskini daripada kami dalam 1-2 hari bekerja.
Sementara itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.