P.s.: Kindly click here to view this article in English
Kami memohon maaf kerana tambah nilai anda belum dikreditkan dalam akaun BigPay anda lagi.
Mungkin terdapat kelewatan dalam memproses tambah nilai anda daripada kad debit disebabkan permintaan volum yang tinggi. Anda boleh memantau baki akaun anda selama 30 minit seterusnya jika terdapat tambah nilai yang dikreditkan ke dalam akaun BigPay anda.
Kami ingin membantu anda jika jumlah tersebut masih tidak dikreditkan selepas 30 minit. Sila hubungi kami dengan cara klik pada Tetapan> Sokongan> 'Chat' dengan kami, dan seterusnya kongsi butiran berikut kepada ejen kami:
- Jumlah tambah nilai yang dibuat
- Tarikh dan masa tambah nilai
- Bukti potongan dalam akaun bank (jika ada)
Butiran yang diberikan akan membolehkan kami membantu anda dengan lebih baik.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.