"Apakah maksud "Released"?" "Peniaga telah membayar balik wang saya, bukan?"
Rujuk situasi di bawah untuk lebih memahami maksudnya.
a) Status "Released".
Transaksi "Released" bermaksud jumlah yang telah dikembalikan semula ke dalam akaun BigPay anda daripada BigPay berikutan kami tidak menerima permintaan penyelesaian daripada peniaga setelah 10 hari transaksi berlaku.
b) Status "Reversed".
Transaksi Reversed bermaksud peniaga telah mengembalikan jumlah transaksi daripada portal pembayaran mereka disebabkan transaksi tersebut telah gagal atau mereka memutuskan untuk tidak meneruskan transaksi.
Untuk urus niaga yang berstatus sama ada "Released" atau "Reversed", anda sepatutnya menerima penambahan dalam baki akaun semasa proses pengkreditan.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.