Ya! 😊 Anda boleh menggunakan kad kredit yang tidak dikeluarkan oleh bank Malaysia untuk menambah nilai ke akaun BigPay anda.
Kad yang boleh diterima untuk digunakan bagi tujuan tambah nilai ialah kad Kredit yang dikeluarkan oleh Mastercard atau Visa.
Walau bagaimanapun, ia akan dikreditkan dalam matawang Ringgit Malaysia ke dalam akaun BigPay anda. Ini kerana mata wang untuk akaun BigPay anda kekal dalam MYR, iaitu mata wang Malaysia.
Kami menasihatkan anda untuk menambah nilai menggunakan akaun bank Malaysia atau kad debit/kredit anda untuk mengelakkan sebarang bayaran pertukaran yang dikenakan oleh bank pengeluar kad anda semasa menambah nilai akaun BigPay anda.
Malangnya, kami tidak lagi menyokong tambah nilai menggunakan kad debit antarabangsa yang bukan dikeluarkan oleh bank Malaysia. Ini kerana kadar ekonomi yang tidak stabil seperti dahulu, telah menyebabakan kos yang lebih tinggi dikenakan untuk yuran pemprosesan bagi tujuan tambah nilai menggunakan kad debit luar negara anda, (bermula 19/9/2022).
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.