Jika anda mendapati caj dalam app BigPay anda daripada peniaga yang anda tidak kenali, jangan risau - kami sedia membantu.
Sila ingat kembali sama ada seseorang telah menghubungi anda atau menghantar mesej kepada anda dengan mengatakan bahawa mereka berasal dari BigPay dan jika mereka pernah meminta butiran peribadi anda seperti PIN, poskod, nombor kad, dsb.
Sila ambil perhatian bahawa panggilan di atas bukan daripada mana-mana ejen BigPay kami 🙏
Senario Berbeza
Biasanya, ini juga boleh berlaku kerana ia adalah langganan yang dibuat pada kad BigPay anda. Apabila anda mendaftar untuk akaun di laman web/app, mereka akan meminta nombor kad anda dan mungkin terdapat beberapa caj yang anda tidak ketahui.
Anda boleh menyemak nama peniaga > hubungi ejen khidmat pelanggan peniaga tersebut > minta mereka memadamkan butiran kad anda daripada sistem mereka dan mendapatkan bayaran balik.
Terus bekukan kad anda dan hubungi ejen khidmat pelanggan kami, dan kami akan melaporkan perkara ini kepada pasukan kami yang berkaitan.
Sila muat turun and isikan borang di bawah sekiranya baki anda terjejas:
(Anda boleh menggabungkan tarikh & jumlah jika terdapat lebih daripada 5 transaksi yang dicaj daripada peniaga yang sama)
Kami memahami betapa bimbangnya melihat transaksi yang tidak dikenali, sila emel kami (support.my@bigpayme.com) dan kami bersedia membantu untuk memulakan proses 'chargeback'.