Terima kasih kerana telah mendaftar akaun bersama BigPay! 💙
Untuk mengaktifkan akaun anda dan mendapatkan kad BigPay anda, anda perlu melakukan tambah nilai permulaan dengan jumlah awal sebanyak RM20 ke dalam akaun BigPay anda.
Ia adalah tambah nilai ke akaun BigPay baharu anda. Tambah nilai tersebut, akan berada di dalam akaun untuk anda belanjakannya!
Sebaik sahaja anda membuat tambah nilai permulaan RM20, anda akan menerima satu kad maya:
1. Kad BigPay maya (virtual card) - Anda boleh menggunakannya serta-merta untuk pembayaran dalam talian anda. 🛒
2. Kad BigPay fizikal (kad biru) - Jika anda telah memohon kad fizikal dan telah melakukan pembayaran sebanyak RM20, anda akan menerimanya dalam peti mel anda dalam masa 5-7 hari bekerja. 📬
Sekadar peringatan dari kami:
Malangnya, kami tidak lagi menyokong tambah nilai menggunakan kad debit antarabangsa yang tidak dikeluarkan oleh bank Malaysia. Ini kerana kadar ekonomi yang tidak stabil seperti dahulu, telah menyebabakan kos yang lebih tinggi dikenakan untuk yuran pemprosesan bagi tujuan tambah nilai menggunakan kad debit luar negara anda, (Bermula 19/9/2022). Anda boleh menggunakan sumber tambah nilai alternatif seperti:
- Pindahan Bank Tempatan
- Kad Debit Tempatan
- Kad Kredit Tempatan atau Antarabangsa - Caj tambah tambah nilai dikenakan
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.