Kami sangat kesal kerana anda menghadapi masalah ini, tetapi kami di sini untuk membantu.
Apabila anda menekan "Log Masuk" pada apl BigPay anda, anda perlu memasukkan nombor telefon anda. Selepas menerima Pautan Log Masuk dan mengklik padanya, anda kemudiannya akan digesa untuk memasukkan kod laluan anda. Di sini, anda boleh mengetik pada 'LUPA?' dalam skrin kod laluan.
Sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Klik 'Forgot passcode' di bahagian bawah skrin paparan kod laluan.
2. Jawab DUA (2) soalan keselamatan dengan tepat dan klik 'Submit'
3. Cipta kod laluan baharu anda dan sahkan semula untuk melengkapkan proses.
Peringatan: kod laluan baharu anda tidak boleh terdiri daripada 7 kod laluan yang telah anda gunakan sebelumnya.
Untuk pengalaman yang lebih baik dalam melengkapkan tetapan semula kod laluan, sila pastikan versi app anda adalah terkini dan nombor telefon log masuk anda ialah nombor berdaftar anda dengan BigPay.
Jika anda tidak dapat menetapkan semula kod laluan, sila bersembang dengan ejen langsung kami dan kami akan membantu untuk menetapkan semula kod laluan anda di pihak kami untuk langkah seterusnya. 😊