Terima kasih kerana mendaftar ke BigPay! π
Β
Untuk mengaktifkan akaun anda dan mendapatkan kad BigPay anda, anda perlu menambah jumlah sebanyak RM20 ke dalam akaun BigPay anda.
Β
Ia adalah tambah nilai ke akaun BigPay baharu anda. Tambah nilai tersebut, akan berada di dalam akaun untuk anda belanjakannya!
Β
Sebaik sahaja anda membuat tambah nilai permulaan RM20, anda akan menerima satu kad maya:
1. Kad BigPay maya (virtual card) - Anda boleh menggunakannya serta-merta untuk pembayaran dalam talian anda. π
2. Kad BigPay fizikal (kad biru) - Jika anda telah memohon kad fizikal dan telah melakukan pembayaran sebanyak RM20, anda akan menerimanya dalam peti mel anda dalam masa 5-7 hari bekerja. π¬
Peringatan daripada kita:
Malangnya, kami tidak lagi menyokong tambah nilai daripada kad debit antarabangsa bukan Malaysia. Dengan ekonomi yang tidak pulih sepantas dahulu, kos lebih tinggi dikenakan untuk mengekalkan yuran proses bagi tambah nilai kad debit luar negara anda (Eff. 19/9/2022). Anda boleh menggunakan kaedah tambah nilai alternatif seperti
- Pindahan Bank Tempatan
- Kad Debit Tempatan
- Kad Kredit Tempatan atau AntarabangsaΒ - Caj tambah tambah nilai dikenakan
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.