Kami sangat kesal mendengar bahawa anda ingin membatalkan akaun anda dengan kami ๐
ย
Kami ingin memberitahu anda bahawa walaupun anda tidak menggunakan akaun BigPay anda, sama sekali tiada bayaran untuk mengekalkan akaun tersebut. Ia benar-benar percuma! ๐
ย
Berikut ialah beberapa ciri lain BigPay untuk dilihat sebelum anda memutuskan untuk membatalkan akaun anda:
1) Jika anda merancang untuk melancong ke luar negara, anda akan menjimatkan banyak wang pada kadar pertukaran dan membeli penerbangan AirAsia kerana kami mempunyai kadar yang sangat kompetitif.
2) Anda boleh membekukan dan menyahbekukan kad anda, pada bila-bila masa, untuk memastikan akaun anda selamat dan terjamin.
3) Kami menawarkan tawaran dan promosi eksklusif untuk pengguna BigPay kami - pastikan anda melihat tab "Ganjaran" kami dalam Tetapan.
4) Kami sentiasa mengadakan program rujukan RM5 yang berterusan, di mana jika anda merujuk rakan anda dengan kod rujukan anda, anda akan mendapat RM5 dalam akaun BigPay anda, dan rakan anda akan mendapat pulangan tunai RM5 dalam akaun mereka!
ย
Sekiranya anda masih mahu membatalkan akaun, kami akan berasa sedih melihat anda pergi. Sila lengkapkan senarai semak berikut untuk memastikan akaun anda sedia untuk dibatalkan:
1. Adakah anda telah menyelesaikan pembayaran balik pinjaman (jika ada)?
2. Adakah anda telah memindahkan baki "Stashes" anda (jika ada)?
3. Adakah anda telah memindahkan baki akaun anda ke akaun bank anda melalui DuitNow?
Setelah anda melengkapkan senarai semak di atas, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> Chat with us, dan kami bersedia untuk membantu anda untuk meneruskan proses pembatalan akaun anda.
P.S.: Selepas permintaan pembatalan selesai, anda masih boleh log masuk untuk mengakses transaksi yang lalu. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat melakukan sebarang tambah nilai atau transaksi dalam akaun yang ditutup.
Harap maklum bahawa butiran anda akan disimpan dalam pangkalan data arkib kerana kami dikehendaki oleh semua pengawal selia kami untuk menyimpan maklumat bagi tempoh 6-7 tahun. Ini kerana kami tertakluk kepada undang-undang kewangan di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Terma dan Syarat kami.
ย