Kami benar-benar memohon maaf atas isu yang anda hadapi dengan pengaktifan kad anda. Jika anda menghadapi mesej ralat, mungkin anda telah memasukkan kod yang salah atau anda telah melebihi 3 percubaan untuk mengaktifkan kad.
Apabila mengaktifkan kad, aplikasi akan meminta nombor CVC 3 digit anda. Sila masukkan "Kod Keselamatan" di belakang kad anda. Ia terletak seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:
(Sila pastikan anda memasukkan kod di belakang kad anda sendiri)
Jika anda tidak dapat berbuat demikian, Sila hubungi kami dengan cara klik pada Tetapan> Sokongan> 'Chat' dengan kami, dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami akan membantu anda menetapkan semula had anda supaya anda boleh mencuba sekali lagi untuk mengaktifkan kad anda 💳
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.