P.s.: Kindly click here to view this article in English
Â
Anda tertanya-tanya apakah fungsi kad berwarna putih dalam app anda?
Inilah jawapannya - ia adalah Kad Maya!
Â
Jika anda pengguna baharu, fungsi kad maya adalah untuk membolehkan anda mula berbelanja atas talian.Â
Â
Jika anda pengguna sedia ada, kad maya adalah cara terbaik untuk memastikan perbelanjaan fizikal dan perbelanjaan atas talian anda berasingan.
Â
Anda dapat memantau perbelanjaan anda pada skrin utama anda dan melihat tempat anda berbelanja dengan menggunakan kad yang mana. Jika anda menggantikan kad fizikal anda, kad maya membolehkan anda untuk terus menggunakan akaun BigPay semasa proses penggantian kad fizikal.
Â
Bagaimana untuk menggunakan Kad Maya?
Anda boleh pergi ke app anda, klik pada "Card" > 'slide' ke kiri untuk melihat Kad Maya anda > klik pada "Show Details" untuk melihat butiran Kad Maya anda.
Anda akan melihat nombor kad anda, tarikh luput dan nombor CVV/CVC. Nama pada Kad Maya , adalah sama dengan Kad Fizikal anda 😉
Â
Kad Maya dan Kad Fizikal saya mempunyai nombor yang berbeza.
Ya, betul. Kedua-dua kad mempunyai nombor yang berbeza tetapi akaunnya adalah sama. Ini bermakna baki kedua-dua kad diselaraskan. Apabila anda berbelanja atau menambah nilai, baki untuk kedua-dua kad tersebut adalah sama 💳
Â
Bolehkah saya menggantikan Kad Maya saya?
Anda boleh menggantikan dan mencipta Kad Maya baharu sekali sebulan selagi Kad Fizikal anda aktif.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.