Kami benar-benar kesal kerana kad anda hilang. Jika kad anda aktif dan anda kehilangannya, anda boleh terus membuat penggantian kad melalui aplikasi anda 💳
Sila ikut langkah ini untuk penggantian kad:
1) Pergi ke bahagian kad dalam app > 'Freeze' kad.
2) Tekan butang 'Replace card'
3) App akan mengesahkan alamat penghantaran yang anda ingin terima kad baharu.
4) Anda akan terus menerima kad maya (virtual card) yang boleh anda gunakan untuk transaksi dalam talian dan kad fizikal anda (kad biru) akan tiba dalam masa 5-7 hari bekerja ke peti mel anda!
Kad Hilang dalam Transit
Jika anda menjangkakan untuk mendapatkan kad pembaharuan, dan ia tidak sampai ke peti mel anda, sila hubungi ejen langsung dan beritahu mereka alamat baharu anda. Pasukan kami akan membantu anda dengan penggantian kad anda 😉
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.