P.s.: Kindly click here to view this article in English
Anda baru selesai buat pembayaran di pam petrol layan diri? Anda mungkin menyedari pembayaran RM200 telah di tolak daripada akaun BigPay anda.
Berikut ialah contoh pembayaran yang telah dibuat di pam petrol layan diri:
Jangan risau! "Potongan" sebenarnya adalah penahanan pra-kebenaran sementara. Dalam masa lebih kurang 3 hingga 4 hari, RM200 akan dikembalikan semula ke dalam akaun anda dan jumlah sebenar yang digunakan untuk pengisian petrol akan dicaj.
Begitu juga, sesetengah pembayaran tempat letak kereta mungkin mempunyai penahanan pra-kebenaran. Amaun pra-kebenaran akan di kembalikan semula dalam masa 3-4 hari juga.
Jika sudah melebihi 4 hari, dan anda tidak menerima bayaran balik, sila hubungi kami melalui ruangan 'Chat' didalam app BigPay anda dan kami akan membantu anda di sana 😉