Terima kasih kerana meneroka ciri DuitNow kami dan kami harap anda seronok menggunakannya. 😊
Â
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda langkah-langkah jika anda ingin:
- berhenti sementara menerima pemindahan melalui DuitNow ID
ATAU - menamatkan sepenuhnya ciri DuitNow
Â
Jika anda ingin menghentikan sementara menerima pemindahan melalui DuitNow ID
- Selepas melakukan log masuk, klik pada bulatan di kiri atas and memilih 'DuitNow'
   - Untuk menghentikan sementara menerima pemindahan melalui DuitNow atau untuk menjadikan status tidak aktif, sila klik pada butang hijau.
- Teruskan dengan meluluskan Pengesahan dalam app untuk melengkapkan proses pengesahan.
- Aplikasi Bigpay akan membawa anda ke skrin "butang seterusnya" yang dikelabukan untuk menunjukkan bahawa ciri itu tidak aktif.
Jika anda ingin menamatkan sepenuhnya ciri DuitNow:
- Untuk menamatkan sepenuhnya akaun DuitNow, sila klik pada butang "Batalkan ID DuitNow" selepas memastikan status ID BigPay DuitNow adalah sama seperti di bawah:
- Sila teruskan klik pada butang "Sahkan" pada mesej pop keluar.
- Teruskan dengan meluluskan Pengesahan dalam app untuk melengkapkan proses pengesahan.
- Aplikasi Bigpay akan membawa anda ke skrin mesej "berjaya" untuk menunjukkan pembatalan pendaftaran telah selesai.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.