Jika status penghantaran kad anda ialah "Dihantar" dalam aplikasi BigPay anda dan anda belum menerima kad anda, sila semak langkah di bawah:
1) Semak sama ada alamat penghantaran anda betul.ย
2) Semak peti mel anda. ๐ซ
3) Semak dengan ahli keluarga/rakan anda, jika mereka telah menerima kad bagi pihak anda.
ย
Jika anda telah melakukan perkara di atas, dan anda masih tidak menemui kad anda, anda boleh cuba pergi ke https://teleport.delivery/track?tracking_number= atau https://www.citylinkexpress.com/ย untuk menyemak sama ada anda kad benar-benar dihantar.
Untuk penghantaran kad melalui CityLink Express, anda boleh klik pada butang "Bukti Penghantaran" dan masukkan nombor telefon BigPay berdaftar anda di ruang "nombor hubungan penerima"
ย
Untuk penghantaran kad melalui Teleport, anda boleh klik pada butang "Bukti Penghantaran" dan masukkan 6 digit terakhir nombor telefon BigPay anda yang berdaftar:
ย
Sekiranya anda masih belum menerimanya selepas melengkapkan perkara di atas, kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Sila hubungi ejen langsung kami dan kami bersedia untuk membantu anda untuk langkah seterusnya.๐ย
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.