Terima kasih kerana berminat dengan ciri QR DuitNow kami π
Β
Anda mungkin tertanya-tanya apakah had transaksi anda di bawah pembayaran QR DuitNow. Kami berharap artikel ini dapat menjelaskannya dengan lebih lanjut untuk anda.
Β
Terdapat 3 jenis had yang perlu anda ketahui untuk ciri QR DuitNow:
(a) Pembayaran QR ke akaun peribadi di luar BigPay, mempunyai had sebanyak RM5,000/hari.
Sebarang pindahan yang dibuat melalui pindahan QR akan dikira dalam had transaksi DuitNow sebanyak RM10,000/hari dengan ciri DuitNow lain seperti DuitNow ID/Pindahan Segera DuitNow.
(b) Bayaran QR kepada peniaga mempunyai had RM3,000/hari.
(c) Pembayaran QR ke akaun BigPay yang lain mempunyai had pemindahan sebanyak RM 2,000/hari.
Β
Bagaimana untuk melakukan penetapan had DuitNow QR harian?
Mudah sahaja! Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Klik bulatan kiri atas untuk mengakses profil anda
2.Β ScrollΒ dan pilih 'Limit'
3. Tarik bar untuk melaraskan had harian DuitNow QR (Merchant) atau DuitNow QR (P2P).
4. Luluskan Pengesahan dalam app bersama ID muka/cap jari atau kod laluan untuk membenarkan perubahan.
Β Β
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.