P.s.: Kindly click here to view this article in English
Terima kasih kerana berminat dengan loan dari BigPay Later! ✨
Screen pinjaman anda boleh diakses dalam app BigPay selepas anda log masuk dan klik pada 'Explore' > kemudian 'Loans'.
Ia mengandungi maklumat berikut:
- Adakah terdapat sebarang pinjaman tertunggak?
- Berapakah jumlah terhutang?
- Berapakah jumlah ansuran yang akan datang untuk pinjaman anda?
- Berapa yang perlu dibayar untuk setiap ansuran? dan banyak lagi.
Pembayaran balik secara manual ialah ciri yang membolehkan anda menyelesaikan ansuran pembayaran mengikut keselesaan anda.
Anda boleh melengkapkan pembayaran terus dari screen Pinjaman itu sendiri, sama ada dengan 'Bayar balik sebarang jumlah' atau 'Bayar balik sepenuhnya':
Jumlah yang anda perlu bayar secara ansuran akan dikemas kini dalam urutan pembayaran balik setiap kali anda melengkapkan pembayaran balik secara manual.
Psst! Kami hanya ingin anda tahu bahawa kami tidak mengenakan sebarang penalti pembayaran balik pendahuluan.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.