P.s.: Kindly click here to view this article in English
Terima kasih kerana berminat dengan BigPay Later! ✨
Berikut adalah beberapa info yang mungkin berguna untuk anda memahami "BigPay Later" dengan lebih baik.
Siapa yang boleh memohon Pinjaman? 🤔
Semua pengguna BigPay di Malaysia boleh memohon pinjaman dengan kami. Setiap orang yang memohon pinjaman perlu menjalani penilaian dan semakan kredit.
Bagaimanakah cara saya memohon pinjaman? 👀
Anda boleh memohon pinjaman menggunakan aplikasi anda dalam empat langkah mudah:
- Pilih Pinjaman dalam tab 'Explore' app.
- Masukkan jumlah yang anda perlukan untuk pinjaman dan tempoh masa pinjaman, kami akan memberikan anda sebut harga dalam beberapa saat (atau dalam 1 hari bekerja).
- Isikan borang dengan maklumat yang tepat yang akan membantu kami menilai permohonan pinjaman anda dengan adil.
- Setelah Pinjaman Peribadi anda diluluskan, jumlah pinjaman anda yang lulus akan didepositkan secara automatik ke dalam akaun BigPay anda.
Bagaimanakah BigPay Later memperoleh skor kredit saya?
Sebarang permohonan pinjaman dinilai dengan teliti berdasarkan maklumat yang anda berikan, dan parameter umum seperti yang digariskan di bawah:
- Anda mestilah warganegara Malaysia berumur antara 18-65 tahun, ATAU bagi yang bukan warganegara anda perlu memiliki pas menetap jangka panjang berumur antara 25-55 tahun.
- Anda mesti menetap di Malaysia pada masa ini.
- Anda harus memiliki pendapatan yang kukuh untuk membayar semula pinjaman anda.
- Anda mempunyai sejarah kredit yang baik.
Kemas Kini Permohonan Pinjaman
Sebaik sahaja anda telah memohon pinjaman dalam apl BigPay, ia akan mengambil masa kira-kira 1 hari bekerja untuk menerima keputusan. Jika anda tidak menerima kemas kini selepas 1 hari bekerja, anda boleh menyemak alamat e-mel berdaftar anda. Pasukan kami yang berdedikasi mungkin telah menghantar e-mel kepada anda untuk meminta dokumen tambahan.
Jika anda belum menerima e-mel tentang permohonan pinjaman anda, semak folder spam anda untuk memastikan ia tidak tiba di sana secara tidak sengaja. Jangan lupa tandakan e-mel sebagai selamat supaya e-mel masa hadapan daripada support@bigpaylater.com.my dihantar ke peti masuk utama anda. Anda akan mendapat pemberitahuan melalui aplikasi atau melalui e-mel berdaftar anda mengenai status permohonan anda 📧
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.