P.s.: Kindly click here to view this article in English
Terima kasih kerana berminat dengan BigPay Later! ✨
Sila baca artikel ini untuk mendapatkan jawapan bagi pertanyaan anda tentang faedah pinjaman atau caj faedah yang lewat dijelaskan.
Mengenai faedah pinjaman:
Faedah pinjaman kami ialah caj faedah tetap, biasanya dalam % yang akan dimaklumkan dalam aplikasi BigPay anda sebelum anda membuat tawaran pinjaman.
Kami mengenakan faedah pinjaman dengan model Simple Flat Rate Interest (SFRI) bulanan.
Formula: (Principal * Kadar faedah pinjaman * Tempoh pinjaman dalam bulan /12) |
Mengenai caj faedah lewat:
Caj faedah lewat dihitung setiap hari, dan pengiraannya hanya berdasarkan jumlah pokok tertunggak anda.
Kami tidak mengenakan faedah atas faedah.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.