P.s.: Kindly click here to view this article in English
Kami menghargai minat anda untuk mendaftar akaun dengan kami.
Anda mungkin perasan mesej ralat muncul pada app BigPay anda semasa perjalanan pendaftaran anda. Jangan risau, biar kami bantu anda dengan beberapa mesej biasa yang juga dihadapi oleh pengguna lain:
a) Jika anda melihat "Ralat pendaftaran pengguna. Sila cuba sebentar lagi." seperti berikut:
Ia mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
- Terdapat simbol pada alamat anda, sila padam sebarang simbol seperti ' atau \ atau " atau ~ atau > atau < atau &
- Anda mungkin mempunyai akaun pendaftaran yang tidak lengkap dengan kami sebelum ini. Sila berhubung dengan kami untuk membolehkan kami membantu anda dengan lebih lanjut.
b) Jika anda melihat "Oops! Kami mengalami ralat sambungan" seperti yang berikut:
Ini mungkin disebabkan oleh anda mungkin pernah mendaftar akaun BigPay menggunakan alamat e-mel anda sebelum ini. Sila berhubung dengan kami untuk membolehkan kami membantu anda dengan lebih lanjut.
Sila berhubung dengan kami dengan cara klik pada ikon sokongan>'Chat' dengan kami yang tersedia di sudut kanan atas halaman Log masuk dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut 😉