P.s.: Kindly click here to view this article in English
Selamat datang ke keluarga BigPay 🤗
BigPay mengeluarkan kad prabayar di mana anda boleh menambah nilai untuk berbelanja di mana-mana sahaja di dunia, dan kami lebih daripada itu!
Berikut ialah beberapa perkara yang membolehkan anda mengenali kami dengan lebih baik:
- Untuk mengekalkan kad BigPay anda, ia adalah percuma! Kami tidak mempunyai sebarang bayaran atau caj untuk akaun yang tidak aktif.
- Kami juga mempunyai fungsi lain dalam app kami iaitu fungsi membekukan kad (Freeze Card). Anda boleh membekukan kad anda selama yang anda suka dan tiada siapa yang boleh mengakses atau menggunakannya sehingga anda menyahbekukannya.
- Kami menawarkan salah satu daripada kadar pertukaran matawang yang terbaik untuk pemindahan dan transaksi antarabangsa anda.
- Kami mempunyai ciri kiriman wang, di mana anda boleh memindahkan dana kepada rakan dan keluarga anda ke luar negara dengan hanya beberapa klik (pada kadar pertukaran yang terbaik juga).
- Anda juga boleh memautkan (Link) akaun BigPay anda ke akaun AirAsia anda untuk mendapatkan lebih banyak mata ⭐.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.