P.s.: Kindly click here to view this article in English
Ringkasan Artikel 📜 Isu Login Biasa: a) Menukar nombor telefon. d) Masalah Log Masuk SMS (OTP)? 📲 f) Mesej adalah mengenai ' your operating system or app version is incompatible with BigPay'
Langkah Penyelesaian Masalah: |
Kami benar-benar kesal kerana anda menghadapi masalah dengan login ke akaun BigPay anda. 🙏
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin menghadapi isu login. Lihat bahagian berikut yang boleh membantu anda dengan lebih baik:
a) Anda telah menukar nombor telefon anda dan tidak dapat log masuk menggunakan nombor baharu anda
Penyelesaian: Sila berhubung dengan kami dan maklumkan butiran ini:
i) Nombor lama
ii) Nombor baharu
iii) Jenama dan model telefon
Kami akan membantu anda menukarkan nombor telefon dan menghantar e-mel kepada anda dengan kemas kini 📧
b) Anda perlu memasukkan "Recovery Code" untuk log masuk
Jika anda menerima mesej ralat ini semasa anda cuba log masuk, anda perlu berhubung dengan kami dan meminta kod pemulihan (Recovery Code). Sila lakukan pengesahan yang diminta oleh pihak kami dan anda akan menerima kod pemulihan (Recovery Code). Ianya sah selama 24 jam dalam peti masuk e-mel berdaftar anda 📧
c) Anda cuba log masuk dan terdapat mesej ralat seperti di bawah:
Anda perlu menghubungi kami mengenai isu ini. Sila maklumkan kepada kami tentang mesej ralat ini dan untuk mendapatkan bantuan yang lebih pantas, sila berikan kami maklumat ini:
i) Jenama dan model telefon anda.
ii) Jika anda pernah menukar nombor telefon anda.
iii) Jika individu lain pernah log masuk ke akaun BigPay mereka menggunakan peranti anda sebelum ini.
d) Masalah Log Masuk SMS (OTP)
OTP Log Masuk BigPay mengandungi 6-nombor dalam SMS tersebut. Jika anda tidak menerima SMS, sila cuba langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan masalah tersebut:
1) Matikan dan hidupkan mod penerbangan dalam telefon anda.
2) Keluarkan kad SIM anda, lap/bersihkan permukaan cip, masukkan semula.
3) Tukarkan network internet anda. Jika anda menggunakan WIFI sila beralih ke rangkaian 4G atau jika anda menggunakan rangkaian 4G sila gunakan WIFI untuk mempergiatkan semula (Refresh) rangkaian telefon anda. Anda boleh juga cuba bukakan 'Flight mode' di telefon anda, dan tutupkannya dalam 5 saat. Selepas itu, sila cuba lagi.
e) Terdapat mesej ralat apabila anda telah log masuk dan anda tidak dapat melihat baki anda
- Jika anda mendapat mesej 'Kad anda disekat'
- Jika anda mendapat mesej 'Disekat kerana aktiviti yang mencurigakan'
Jika anda menerima mesej ralat ini sebaik sahaja anda log masuk ke akaun anda, mungkin terdapat aktiviti yang luar biasa dalam akaun anda dan oleh itu, akaun anda telah disekat.
Sila cari dalam e-mel berdaftar anda untuk "BigPay" dan mesti ada e-mel yang dihantar kepada anda mengenai isu ini. Sebaik sahaja anda membalas e-mel dengan semua maklumat yang berkaitan, pasukan kami akan menyemaknya dan menyahsekat akaun anda untuk anda 🔐
f) Mesej adalah mengenai ' your operating system or app version is incompatible with BigPay'
Jika anda menggunakan telefon bimbit yang tidak disertakan dengan Google Play Store atau Apple App Store - kami benar-benar kesal kerana kami tidak dapat lagi membenarkan anda mengakses aplikasi tersebut kerana aplikasi BigPay tidak dimuat turun secara rasmi.
Sila sembang dengan kami jika anda memerlukan sebarang bantuan lanjut.
Jika anda masih menghadapi isu log masuk, berikut ialah beberapa langkah penyelesaian masalah asas yang boleh anda cuba:
a) Isu kod laluan
Jika anda terlupa kod laluan anda, anda boleh klik pada "FORGOT?" dan jawab 2 soalan keselamatan yang ditanya. Setelah anda berbuat demikian, anda akan dapat menetapkan kod laluan 6 digit baharu untuk log masuk ke akaun anda.
b) Kemas kini aplikasi
1. Semak iOS AppStore atau Google PlayStore anda untuk mengemas kini app anda kepada versi terkini.
2. Log masuk semula.
c) 'Install' semula
1. 'Uninstall' app BigPay daripada peranti anda.
2. Matikan dan hidupkan semula peranti anda .
3. 'Install' semula app BigPay daripada Google Play Store atau iOS AppStore.
4. Log masuk > klik pada pautan (Log in Link) yang dihantar dalam SMS anda dan ia akan membawa anda terus ke laman utama BigPay app anda!
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.