P.s.: Kindly click here to view this article in English
Terima kasih atas minat anda untuk menggunakan akaun BigPay dan berikut ialah langkah demi langkah untuk mengesahkan akaun anda.
Peringkat 1: Pengesahan pasport
Langkah 1: Anda sepatutnya melihat skrin berikut dalam app BigPay anda. Sila pilih butang pasport untuk memulakan proses.
Langkah 2: Sila snap gambar halaman depan yang tercatat butiran pasport anda kemudian klik pada butang "Teruskan".
Peringatan: Sila snap gambar dengan Pasport sebenar anda dan bukannya salinan (photocopy)/digital.
Peringkat 2: Selfie
Anda akan melihat skrin berikut untuk mengambil gambar 'Selfie' anda.
Sila snap gambar anda hanya selepas memastikan anda sahaja yang kelihatan di ruangan yang terpapar tersebut dan sila pastikan wajah anda kelihatan sepenuhnya.
Peringatan: Jika anda memakai sebarang topeng, sila tanggalkannya sebelum mengambil gambar.
Peringkat 3: Pengambilan Video
Anda sepatutnya melihat skrin berikut untuk rakaman 'Selfie' video anda.
Langkah 1: Sila pastikan anda melakukan langkah berikut dalam video:
Ikut arahan pada skrin untuk memandang ke arah kiri/kanan.
Baca 3 nombor pada skrin.
Langkah 2: Klik pada butang "Hantar Video" untuk memuat naik video anda untuk semakan kami.
Apabila ketiga-tiga peringkat telah selesai, anda sepatutnya menerima mesej "Pengesahan sedang di lakukan" dan keputusannya akan dikemas kini dalam masa 48 jam selepas dokumen anda di muat naik.
Kami teruja untuk pendaftaran anda! 💙
Menghadapi masalah dengan pengesahan? Sila hubungi kami dengan cara klik pada setting>sokongan> 'Chat' dengan kami dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut 😉