P.s.: Kindly click here to view this article in English
Â
Apakah mata ganjaran airasia?
Mata ganjaran ini ialah mata yang anda peroleh apabila anda berbelanja dengan BigPay. Anda boleh menebus mata ganjaran airasia anda untuk diskaun penerbangan airasia dan ganjaran lain di airasia.com/rewards.Â
Â
Di manakah mata ganjaran airasia saya?
Anda akan menerima mata ganjaran airasia anda dalam masa 5-7 hari bekerja selepas peniaga menyelesaikan pembayaran. Jika anda belum menerima mata anda pada masa itu, sila sembang dengan kami dalam app dan kami akan menelitinya.
Â
Berapa banyak yang perlu saya belanjakan untuk memperoleh 1 mata ganjaran airasia?
Anda akan menerima 1 mata airasia untuk kategori transaksi berikut:
1. setiap RM30 yang anda belanjakan menggunakan kad BigPay untuk jumlah transaksi antarabangsa
yang memenuhi minimum RM30.
2. setiap RM100 yang anda belanjakan menggunakan kad BigPay untuk jumlah transaksi tempatan
yang memenuhi minimum RM100.
3. setiap RM10 anda membuat pembayaran DuitNow QR kepada peniaga.Â
4. setiap RM10 yang anda belanjakan menggunakan pembayaran bil dalam app kami untuk transaksi yang memenuhi minimum RM20.
5. setiap RM100 yang anda buat menggunakan perkhidmatan pemindahan antarabangsa dalam app kami, tidak termasuk yuran pemindahan
Â
Sila ambil perhatian, anda tidak akan memperoleh mata ganjaran airasia apabila menghantar atau menerima wang kepada/daripada kenalan BigPay anda, melakukan transaksi Stashes atau pada pindahan bank tempatan!
Â
Adakah mata ganjaran airasia saya akan tamat tempoh?
Ya betul. Ia akan tamat tempoh selepas 24 bulan dari tarikh mata ganjaran diberi ganjaran jadi jangan menyimpan mata ganjaran anda terlalu lama. Untuk butiran lanjut, baca lebih lanjut di sini.
Â
Bagaimanakah cara saya memautkan akaun BigPay saya ke akaun ganjaran airasia saya?
Daripada skrin utama app anda, klik pada "Explore" dan pilih 'airasia points'. Klik pada "Sync your airasia points" dan masukkan butiran log masuk anda untuk memautkan kedua-dua akaun.
Jika anda ingin menukar atau menyahpaut mata ganjaran airasia anda, sembang dengan kami dalam app dan kami akan membantu anda dengan itu.
Â
Apakah faedah menggunakan BigPay di airasia?
Perjalanan tidak pernah menjadi lebih baik, anda akan mempunyai akses eksklusif kepada jualan airasia dan banyak lagi!.
,
Adakah ganjaran airasia sama dengan ganjaran BIG?
Ya, ini adalah program ganjaran yang sama!
Â
Berapa banyak mata ganjaran yang saya peroleh untuk transaksi saya? Apakah yang boleh saya lakukan untuk memperoleh mata ganjaran dengan BigPay?
Mata ganjaran yang anda perolehi akan kelihatan pada app. Tekan simbol tanda soal di bahagian atas sebelah kanan halaman mata ganjaran untuk mengetahui lebih lanjut. Berhati-hati dengan promosi dan tempoh istimewa di mana anda boleh memperoleh lebih banyak mata ganjaran untuk berbelanja dengan BigPay!    Â
   Â
Â
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.