P.s.: Kindly click here to view this article in English
Kami bersimpati jika anda mungkin kehilangan kad atau kad anda mungkin rosak. Jangan risau, anda boleh membuat penggantian kad dengan beberapa klik dalam app anda! 📲
Penggantian Kad Fizikal
1. Pergi ke bahagian Kad.
2. Pada skrin yang terpapar kad fizikal anda (kad berwarna biru), klik pada "Freeze Card".
3. Tekan pada "Replace card".
4. App akan mengesahkan alamat penghantaran yang anda ingin terima kad baharu.
5. Tulis nama pilihan anda pada kad dan sahkan penggantian.
Gambar di bawah ialah perkara yang anda akan lihat semasa proses menggantikan kad anda.
Caj RM20 akan dikenakan untuk penggantian.
NOTA: Anda hanya boleh menggunakan fungsi ini sebaik sahaja anda telah mengaktifkan kad anda: Bagaimana Cara untuk Mengaktifkan Kad BigPay Saya?
Penggantian Kad Maya:
1. Pergi ke Bahagian Kad.
2. Pada skrin yang terpapar kad maya 'Virtual Card' anda (kad berwarna putih), klik ikon "Freeze Card".
3. Klik ikon "Delete".
4. Klik ikon "+" untuk menambah kad maya baharu.
Anda boleh membuat penggantian kad maya anda sekali setiap bulan.
Kami harap ini dapat membantu anda.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.