P.s.: Kindly click here to view this article in English
Ingin mengelakkan kesulitan semasa melakukan tambah nilai secara manual? Anda boleh mengaktifkan ciri tambah nilai automatik dan berikut ialah langkah-langkah untuk mengaktifkan ciri tersebut:
Langkah 1: Selepas melakukan log masuk, klik pada bulatan kiri atas untuk mengakses 'My profile' dan pilih 'Top Up Options'.
Langkah 2: Selepas itu, pilih 'Add new option', setelah itu, sila pilih Tambah nilai automatik 'Auto top-up' untuk memulakan tetapan.
Langkah 3: Masukkan jumlah baki akaun BigPay anda (antara RM20.00 - RM500.00) untuk sistem menjangkakan bila tambah nilai automatik akan berlaku dan jumlah tambah nilai (antara RM50.00 - RM1000.00) untuk setiap tambah nilai tersebut.
Peringatan: Jumlah tambah nilai perlu melebihi baki yang dijangkakan jika tidak, anda akan melihat mesej ralat berikut.
Langkah 4: Pilih butiran kad Debit/Kredit yang disimpan yang anda ingin pautkan atau masukkan butiran kad baharu.
Langkah 5: Anda sepatutnya melihat mesej berikut setelah selesai.
Peringatan: Kami tidak dapat menerima tambah nilai selain dari Mastercard/Visa (contoh: American Express, JCB dan dll). Kami juga tidak lagi menyokong tambah nilai daripada kad debit antarabangsa (bukan Malaysia) anda boleh merujuk artikel > [Top up] Bolehkah saya menggunakan kad yang tidak dikeluarkan oleh bank Malaysia untuk menambah nilai? 💳
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.