P.s.: Kindly click here to view this article in English
Akaun anda kekurangan baki? Anda boleh melakukan tambah nilai secara tunai di cawangan 7-eleven yang berdekatan. Bagaimana cara untuk melakukan tambah nilai tersebut? Berikut ialah langkah-langkah untuk melakukan tambah nilai akaun BigPay anda secara tunai:
Langkah 1: Selepas melakukan log masuk, klik pada butang "+" pada skrin utama.
Langkah 2: Masukkan jumlah yang anda kehendaki antara RM20.00 - RM250.00 untuk tambah nilai dan klik "Next" untuk meneruskan.
Langkah 3: Pilih pilihan " Cash at 7-Eleven" untuk meneruskan proses tambah nilai tersebut. Anda akan melihat paparan jumlah tambah nilai di skrin seterusnya bersama-sama dengan jumlah caj yang di kenakan untuk tambah nilai tunai tersebut.
Langkah 4: Seterusnya, untuk proses pembayaran anda hanya perlu klik pada 'Confirm and pay' kemudian masukkan kod laluan atau Face ID atau Cap Jari.
Langkah 5: Anda akan dibawa ke portal pembayaran. Sila tunjukkan butiran pembayaran tersebut kepada juruwang di 7-eleven dan teruskan dengan membuat pembayaran secara tunai.
Langkah 6: Setelah proses tersebut selesai, anda akan melihat notifikasi di skrin BigPay app anda memaklumkan bahawa tambah nilai tunai anda sedang diproses. Setelah tambah nilai tersebut dikreditkan, maklumat tambah nilai juga akan dipaparkan dalam sejarah transaksi BigPay anda.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.