P.s.: Kindly click here to view this article in English
Akaun anda kekurangan baki? Anda boleh menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh Visa atau Mastercard untuk melakukan tambah nilai dan berikut ialah langkah-langkah untuk melakukan tambah nilai akaun BigPay anda:
Langkah 1: Selepas melakukan log masuk, klik pada butang "+" pada skrin utama.
Langkah 2: Masukkan jumlah yang anda kehendaki untuk tambah nilai dan klik "Next" untuk meneruskan.
Langkah 3: Pilih butiran kad kredit yang telah disimpan atau teruskan dengan memasukkan butiran kad kredit anda dengan memilih "Credit Card".
Langkah 4: Masukkan butiran kad kredit termasuk Nombor Kad, Tarikh Luput, CVC/ CVV.
Yuran tambah nilai akan dipaparkan pada skrin seterusnya dan anda boleh memilih 'Submit' untuk meneruskan.
Langkah 5: Teruskan dengan memasukkan OTP yang diterima dan klik "ok" untuk mengesahkan permintaan tambah nilai.
Langkah 6: Anda sepatutnya melihat skrin berikut dengan perkataan "Good to go!" untuk tambah nilai yang berjaya.
P.s.: Jika anda sedar baki tambah nilai tidak dapat dilihat, sila tutup app BigPay anda dan buka semula app - baki tambah nilai akan dikemas kini dengan sewajarnya selepas itu!
Peringatan: Kami tidak dapat menerima tambah nilai selain daripada Mastercard/Visa (contoh: American Express, JCB, dan lain lain).
Sementara itu, tambah nilai menggunakan kredit kad anda akan dikenakan caj tambah nilai selaras dengan artikel ini: [Yuran dan caj] Apakah itu Caj Tambahan Nilai Kad Kredit?
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.