P.s.: Kindly click here to view this article in English
Akaun anda kekurangn baki? Anda boleh menggunakan kad debit yang dikeluarkan oleh Visa atau Mastercard untuk melakukan tambah nilai dan berikut ialah langkah-langkah untuk melakukan tambah nilai untuk akaun BigPay anda:
Langkah 1: Selepas melakukan log masuk, klik pada butang "+" pada skrin utama.
Langkah 2: Masukkan jumlah yang anda kehendaki untuk tambah nilai dan klik "Next" untuk meneruskan.
Langkah 3: Pilih butiran kad debit yang disimpan atau teruskan dengan memasukkan butiran kad baharu dengan memilih "ATM/Debit Card".
Langkah 4: Masukkan butiran kad debit termasuk Nombor Kad, Tarikh Luput, CVC/ CVV.
Langkah 5: Teruskan dengan meluluskan Pengesahan dalam app yang diterima dan klik "Okay" untuk mengesahkan permintaan tambah nilai.
Langkah 6: Anda sepatutnya melihat skrin berikut dengan perkataan "Good to go!" untuk tambah nilai yang berjaya.
P.s.: Jika anda menyedari baki tambah nilai tidak dapat dilihat, sila tutup app BigPay anda dan buka semula app tersebut- baki tambah nilai anda akan dikemas kini dengan sewajarnya!
Peringatan daripada kami mengenai tambah nilai kad debit anda:
- Kami tidak dapat menerima tambah nilai selain daripada Mastercard/Visa (contoh: American Express, JCB, dll).
- Malangnya, kami tidak lagi menyokong tambah nilai daripada kad debit antarabangsa bukan Malaysia. Dengan ekonomi yang tidak pulih sepantas dahulu, kos lebih tinggi dikenakan untuk mengekalkan yuran proses bagi tambah nilai kad debit luar negara anda (Eff. 19/9/2022). Anda boleh menggunakan kaedah tambah nilai alternatif seperti
1. pemindahan DuitNow
2. Pindahan Bank Tempatan
3. Kad Debit Tempatan
4. Kad Kredit Tempatan atau Antarabangsa
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.