P.s.: Kindly click here to view this article in English
Akaun BigPay anda kini dilengkapi dengan ciri DuitNow dan berikut ialah langkah-langkah untuk memautkan ID DuitNow dengan BigPay akaun anda:
Jika anda tidak pernah memautkan ID DuitNow dengan mana-mana e-dompet atau bank sebelum ini:
Langkah 1: Selepas melakukan log masuk, klik pada bulatan di kiri atas and memilih 'DuitNow'
Langkah 2: Anda perlu mengesahkan nombor telefon untuk dipautkan bersama akaun DuitNow yang akan dijadikan nombor ID DuitNow anda.
P.S.: Nombor akaun BigPay ialah nombor yang disediakan secara rawak dan anda tidak perlu melakukan sebarang perubahan.
Langkah 3: Anda harus meneruskan dengan meluluskan Pengesahan dalam app untuk melengkapkan proses pengesahan dan anda akan melihat skrin menunjukkan perkataan "Successful" terpapar setelah pendaftaran selesai.
Jika anda telah melakukan persediaan DuitNow ID dengan mana-mana e-dompet atau bank sebelum ini:
Anda akan melihat status nombor ID DuitNow untuk aktif dengan bank lain. Sila klik pada "Tukar kepada BigPay" untuk menyahpaut nombor telefon anda dengan akaun bank aktif semasa.
Anda akan meneruskan dengan meluluskan Pengesahan dalam app untuk melengkapkan proses nyahpautan dan app akan membawa ke skrin seterusnya "Successful" sebaik sahaja pendaftaran selesai.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.