Perkongsian kami dengan ikhlas.com membolehkan anda membayar Zakat dengan mudah melalui aplikasi BigPay, dan anda tidak perlu lagi untuk beratur di kaunter Zakat untuk menunaikan kewajipan anda.
Berikut ialah A-Z untuk melakukan pembayaran:
Langkah 1: Klik pada ikon 'Zakat' di bawah bahagian 'Explore' kemudian klik 'Pay Zakat now'
Langkah 2: Sila isikan butiran peribadi berserta alamat rumah untuk pembayaran Zakat.
P.S.: Anda juga boleh memilih badan Zakat secara manual dari drop-down jika anda ingin mengeditnya
Langkah 3: Sila pilih jenis Zakat yang ingin anda bayar, bersama-sama dengan tahun dan amaun.
Peringatan: Bayaran minimum ialah RM1.00
Langkah 4: Sila semak butiran pembayaran Zakat dan berikan akuan.
Langkah 5: Anda akan menerima bukti pembayaran selepas pengesahan pembayaran.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.