Terima kasih kerana meneroka ciri Alipay+ kami.
Anda boleh menggunakan ciri Alipay+ di peringkat antarabangsa kepada mana-mana pedagang jika mereka memaparkan logo Alipay+.
Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda mungkin tidak dapat melakukan pembayaran anda di lokasi berikut buat sementara waktu kerana kami sedang menghadapi had teknikal:
1. Tanah Besar China
2. 7-11 kedai / Kedai Ubat/ Farmasi di Jepun
3. Thailand
4. Macau
Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan kami memberi jaminan bahawa pasukan kami yang berdedikasi sedang berusaha untuk menyelesaikan had tersebut secepat mungkin.
P.S.: Kami akan memastikan senarai ini dikemas kini dari semasa ke semasa
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.