Akaun BigPay anda kini dilengkapkan dengan ciri pembayaran Alipay+ QR!
Kini anda boleh berbelanja di luar negara dengan mana-mana pedagang yang menerima Alipay+ dengan menggunakan aplikasi BigPay, cara pembayaran yang lebih pantas dan lancar.
Kenalpasti logo Alipay+ semasa perjalanan anda dan berikut ialah A-Z untuk menjana QR untuk melakukan pembayaran:
Langkah 1: Log masuk ke akaun BigPay anda dan Pilih “QR”.
Langkah 2: Sila klik pada 'Show my QR code', masukkan kod laluan/biometrik anda dan pilih Alipay+
Langkah 3: Paparkan kod QR kepada pedagang untuk membolehkan mereka mengimbas QR.
P.S.: Kod QR akan dimuat semula setiap 30 saat dan tiada tangkapan skrin dibenarkan.
Langkah 4: Setelah transaksi selesai, anda akan menerima resit yang menunjukkan 'transaction successful' dan pedagang akan menerima bayaran anda.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.