Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk memastikan akaun anda selamat dan terjamin, kami akan mengenakan 'Cooling Period' selama 6 jam apabila anda menerima dana.
Sebaik sahaja anda menerima pindahan DuitNow atau tambah nilai melalui akaun bank, hanya transaksi ini akan tersedia untuk anda selama 6 jam seterusnya:
- Pembayaran menggunakan Kad BigPay
- Pemindahan Wang Antarabangsa
- Pembayaran QR DuitNow kepada Pedagang: Dalam atau Luar Negara
- Pembayaran/pembelian dalam aplikasi BigPay: Insurans, Bil & Pembayaran Prabayar, Pas Asean, Zakat
- Pembayaran di AirAsia MOVE
- P2P
- Pembayaran Alipay+
Jangan risau, kami akan memaklumkan anda sebaik sahaja tempoh bertenang selesai supaya anda boleh menggunakan baki anda untuk jenis transaksi lain.
Berikut adalah contoh yang mungkin membantu menangani sebarang kekeliruan sepanjang tempoh ini:
Anda mempunyai baki akaun awal RM200 dan menerima pemindahan Duitnow RM50. Berikut ialah perkara yang berlaku selepas menerima pemindahan Duitnow:
1. Akaun anda kini akan melalui 'Cooling Period' selama 6 jam.
2. Anda boleh menggunakan baki akaun anda sebanyak RM250 untuk sebarang pembayaran daripada senarai di atas.
3. Anda tidak boleh melakukan sebarang transaksi pemindahan wang duitnow atau pemindahan wang bank tempatan untuk baki anda sebanyak RM250 dalam 'Cooling Period' 6 jam ini.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.