Terima kasih kerana anda berminat untuk mendapatkan AirAsia MOVE: Asean Explorer Pass dengan kami. Dapatkan diskaun RM50 (dikenakan selepas cukai) jika anda membeli Pas Asean Explorer dengan kami.
Jika membeli daripada MOVE secara terus (app atau laman web) gunakan kod promosi BIGPAY untuk menikmati diskaun.
Untuk menikmati diskaun, kami menawarkan dua kaedah pembayaran untuk pembelian ini:
1. Ansuran melalui bayaran balik pinjaman.
2. Bayaran penuh.
Untuk pilihan ansuran, sila ikuti langkah di bawah untuk memulakan pembelian selepas mengemaskini BigPay app anda ke versi 2.74.3:
Langkah 1. Pilih 'Asean Pass' pada bahagian 'Explore' dan klik pada 'Select Payment Method'
Langkah 2. Pilih 'Pay in instalments' dan semak tawaran pinjaman sebelum anda klik pada 'Apply for this loan'.
Peringatan : Sila semak ID AirAsia MOVE untuk memastikan "Pas Asean Explorer" dikreditkan ke akaun yang betul.
Langkah 3: Anda akan dikehendaki melengkapkan pengesahan untuk membolehkan kami melakukan penolakan jumlah tersebut sebaik sahaja pinjaman anda diluluskan dan melakukan pembayaran kepada AirAsia MOVE.
Langkah 4: Sila isi bahagian yang selanjutnya untuk melengkapkan permohonan pinjaman dan semak maklumat yang dimasukkan sebelum mengemukakan permohonan kepada kami.
Langkah 5: Sila berikan kami 1 hari bekerja untuk menyemak permohonan pinjaman anda. Setelah permohonan anda diluluskan, anda diberi masa 30 hari untuk mempertimbangkan penerimaan pinjaman.
Peringatan: Kami mungkin menghubungi anda untuk meminta dokumen tambahan jika perlu.
Langkah 6: Sebaik sahaja anda menandatangani perjanjian, pinjaman akan dikeluarkan dan didebitkan kepada AirAsia MOVE.
Itu sahaja! Anda akan menerima Pas Asean Explorer anda dalam 5 hari bekerja yang akan dikreditkan oleh Pasukan AirAsia MOVE. Tempoh sah "Pas Asean Explorer" hanya satu tahun bermula dari tarikh ia dikreditkan.
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat, sila rujuk pautan laman web ini.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.