Anggaran penghantaran kad fizikal kami akan mengambil masa antara 5 ke 7 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu atau cuti umum).
Β
Di manakah saya boleh mendapatkan nombor penjejakan untuk penghantaran kad saya?
Ia akan dipaparkan terus pada app BigPay anda di bahagian bawah kad dengan format sama ada '86.....' atau '00000.....' dan berikut ialah cara anda boleh mengenal pasti rakan kongsi kurier:
Jika nombor penjejakan anda bermula dengan '86.....' - kad anda akan dihantar oleh rakan kongsi kurier kami, Citylink.
Jika nombor penjejakan anda bermula dengan '00000.....' - kad anda akan dihantar oleh rakan kongsi kurier kami, Teleport/Ninjavan.
Β
Bagaimana jika saya telah menunggu lebih lama daripada 5 - 7 hari bekerja dan status penjejakan masih tidak dikemas kini untuk penghantran?
Kami benar-benar kesal kerana rakan kongsi kurier kami masih belum menghantar kad anda - sila berbual dengan kami dan benarkan kami mengesahkan semula alamat penghantaran anda semasa perbualan untuk menyemak penghantaran kad anda lebih lanjut.
Kami akan melakukan penggantian kad untuk anda jika bungkusan itu dilaporkan hilang oleh rakan kongsi kurier kami dan menyekat kad yang anda tidak terima.
Bagaimana jika status penghantaran saya ditandakan sebagai 'Dikembalikan ke BigPay' atau 'Dikembalikan kepada Penghantar'?
Status di atas bermaksud rakan kongsi kurier kami telah memulangkan kad anda kepada kami selepas percubaan penghantaran kad fizikal tersebut tidak berjaya dilakukan. Yakinlah, kami sedia membantu anda tentang perkara ini dan jangan ragu-ragu untuk berbual dengan kami bagi membolehkan kami memulakan semula proses penghantaran kad BigPay anda.
Β
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiriΒ 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.