Terima kasih kerana meneroka pembelian insurans perjalanan melalui app BigPay.
Tips Pro: Anda akan mendapat "Diskaun Pembeli Terawal" jika anda membeli insurans 'CovidLite' melalui app BigPay sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh penerbangan anda! Harga diskaun akan ditunjukkan secara automatik dalam sebut harga yang anda terima.
Inilah langkah-langkah untuk membelinya:
1. Klik pada 'Explore'
2. Klik pada 'Insurance'
3. Pilih 'TravelEasy - Individual' dan pilih 'Get a quote' untuk melakukan pembelian.
4. Masukkan butiran perjalanan anda.
5. App ini akan memberikan anda sebut harga berdasarkan maklumat yang anda berikan. Anda boleh memilih dari pilihan yang terbaik untuk meneruskan dengan pembelian dengan langkah seterusnya untuk mengisi butiran peribadi.
6. Semak butiran pembelian dan bayar menggunakan baki akaun BigPay anda.
P.s.: Duti setem akan dikenakan sekiranya pembelian insurans anda melebihi RM150.
7. Untuk mengesahkan pembelian anda berjaya, sila pastikan bahawa:
- Anda telah menerima e-mel pengesahan pembelian daripada Tune Protect pada e-mel yang disahkan semasa pembelian. Anda harus menerima e-mel pengesahan selewat-lewatnya satu hari pembelian. Anda perlu menyemak spam "folder" anda juga jika anda belum menerima e-mel tersebut.
- Sijil Insurans, termasuk nombor polisi dalam e-mel pengesahan pembelian dan semua maklumat peribadi adalah betul.
Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan pembelian dalam masa satu (1) hari selepas pembelian, sila hubungi Tune Protect:
No. Bebas Tol: 1800 88 5753
e-mel: hello.my@tuneprotect.com
www.tuneprotect.com
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.