Terima kasih kerana meneroka ciri pembayaran dengan AirAsia MOVE, berikut adalah langkah demi langkah untuk melakukan pautan bagi kedua-dua app untuk anda merasai pengalaman transaksi tanpa kad.
Sebelum kami meneruskan, sila pastikan anda telah memuat turun versi app terbaharu AirAsia MOVE dan aplikasi BigPay.
Langkah 1: Log masuk ke AirAsia MOVE dan klik pada pautan BigPay.
Langkah 2: Anda hanya perlu membenarkan pautan dilakukan dalam app AirAsia dengan cara klik butang "Allow".
3. App AirAsia akan membawa anda untuk melengkapkan proses selanjutnya dalam app BigPay. Sila lengkapkan log masuk anda di bahagian ini.
4. Semak semula ID e-mel akaun AirAsia anda dan klik butang "Link my account" untuk memautkan akaun BigPay anda dengan AirAsia MOVE.
5. Tandakan kotak seperti gambar rajah di bawah dan klik pada 'I agree' sekiranya anda bersedia dan bersetuju untuk meneruskan proses tersebut.
6. Luluskan Pengesahan dalam app, dan anda sepatutnya melihat skrin berikut yang menunjukkan proses pautan telah selesai.
7. Setelah itu, apabila anda log masuk AirAsia MOVE, anda akan mendapati baki akaun BigPay semasa anda dipaparkan pada AirAsia MOVE.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.