Mulai 30 Ogos 2023, kami akan membuat perubahan dalam yuran untuk beberapa perkhidmatan kami, iaitu:
1. Caj Cross Border Transaction Fee yang dikenakan ke atas peniaga yang berada di luar Malaysia: Pautan
2. Caj Tambah Nilai dengan Kad Kredit: Pautan
Sila klik pada pautan yang disediakan di atas untuk membaca lebih lanjut tentang perubahan.
Mengapa kita membuat perubahan ini?
- Kami sentiasa berusaha untuk memberikan nilai yang terbaik untuk wang anda dalam transaksi harian dan keperluan kewangan anda. Walau bagaimanapun, kami terpaksa membuat pilihan yang sukar ini untuk memperkenalkan yuran tambahan yang sebelum ini diketepikan supaya kami dapat memastikan perniagaan kami mampan.
- Kami ingin terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan yang anda tahu dan suka ini kepada anda, tetapi kami perlu memperkenalkan bayaran untuk ini kerana kami menanggung kos apabila kami menyediakan perkhidmatan ini kepada anda.
- Yakinlah kami akan berusaha untuk memastikan kadar kami kompetitif dan yuran telus, supaya anda boleh membayar di dalam dan di luar negara dengan tenang.
Bilakah perubahan ini berkuat kuasa?
- Perubahan yang dinyatakan di atas akan berkuat kuasa pada 30 Ogos 2023. Anda boleh menyatakan penerimaan anda terhadap syarat baharu dengan mengetik butang “I accept” pada message yang muncul pada screen apabila membuka app BigPay, atau dengan cara terus menggunakan produk dan perkhidmatan BigPay melepasi tarikh kuat kuasa.