Kami ada berita baik untuk dikongsi!
Anda kini boleh menggunakan kad fizikal BigPay anda untuk mana-mana penerbangan AirAsia AK yang berlepas dari Terminal 2 KLIA atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Adakah saya perlu melakukan sebarang pengaktifan pembayaran untuk menikmati perkhidmatan pembayaran ini?
Tidak, tiada pengaktifan diperlukan, kerana kad BigPay menyokong transaksi anda semasa penerbangan secara automatik.
Bagaimanakah cara saya membenarkan transaksi dalam penerbangan saya?
Pramugari/pramugara akan menyediakan peranti yang dikuasakan oleh NFC dan menyentuh kad fizikal anda. Seterusnya, anda akan diminta untuk log masuk ke peranti tersebut.
Adakah saya akan serta-merta melihat transaksi dalam app BigPay saya?
Maklumat kad anda akan disimpan pada peranti ketika dalam penerbangan.
Sebaik sahaja kami menerima permintaan pembayaran semasa mendarat, anda akan melihat caj pada app BigPay anda dengan transaksi yang tertera 'AirAsia'.
Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mempunyai baki yang mencukupi semasa transaksi?
Jika baki tidak mencukupi, kami akan cuba melakukan caj pada kad secara berkala sehingga caj berjaya dibuat.
Adakah terdapat sebarang had pada produk yang saya boleh gunakan kad BigPay saya?
Jangan risau. Anda boleh menggunakan kad BigPay anda untuk sebarang pembelian makanan atau barangan dalam penerbangan seperti had transaksi kad biasa.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.