Akaun BigPay anda kini dilengkapi dengan ciri pemindahan QR Rentas Sempadan!
Kini, anda boleh berbelanja di luar negara, di Indonesia dengan menggunakan app BigPay untuk mengimbas kod QR peniaga, sebagai cara pembayaran yang lebih pantas dan lancar.
Nantikan 'Kod QR QRIS' di Indonesia dan berikut ialah A-Z cara untuk melakukan transaksi dengan peniaga:
Langkah 1: Log masuk ke akaun BigPay anda dan klik pada Explore> Pilih "DuitNow QR".
Langkah 2: Sila gunakan pengimbas QR di dalam app dan imbas kod QRIS yang telah dipaparkan peniaga.
Langkah 3: Setelah kod QR dikesan, sila masukkan jumlah transaksi dan klik pada 'Send'.
P.s.: Anda juga akan ditunjukkan kadar pertukaran yang digunakan untuk transaksi ini:
Langkah 4: Teruskan dengan memasukkan kod laluan app 6 digit atau mengesahkan pembayaran dengna menggunakan biometrik seperti "Face ID" atau "Cap Jari".
Langkah 5: Setelah transaksi selesai, anda akan menerima resit pembayaran yang tertera "Pembayaran berjaya" dan peniaga sepatutnya telah menerima bayaran anda.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiri 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.