Untuk status 'Pending', nampaknya terdapat ralat teknikal semasa memproses pembayaran QR anda kepada peniaga. Kami benar-benar kesal tentang perkara ini!
Dalam keadaan ini, terdapat 2 perkara yang boleh berlaku:
1. Wang bagi transaksi anda akan dikembalikan kepada akaun BigPay oleh peniaga selepas 24 jam, atau;
2. Pembayaran anda akan diproses oleh peniaga dan transaksi tersebut berjaya.
Memandangkan anda mungkin berada di hadapan kedai, sila pertimbangkan untuk membayar sekali lagi dengan kad BigPay Visa anda (jika ada) atau mana-mana kad debit/kredit lain jika juruwang memaklumkan pembayaran tidak diterima.
PENTING: Sila simpan resit pembayaran, sekiranya pembayaran dibuat dua kali !
Dalam sebarang situasi, di mana peniaga memerlukan anda melakukan transaksi semula, anda digalakkan unutk mengguna kad BigPay untuk melakukan pembayaran tersebut. Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila berbual dengan kami dengan cara klik bulatan di bahagian atas sebelah kiriΒ 'Home'> Get Help> 'Chat with us', dan kami bersedia untuk membantu anda dengan lebih lanjut.